Monday 11 February 2013

PaTaH TumBuH HiLanG BeRgaNti

Sapa patah hati, ada peluang nak sembuh,..ubatnya aku tak ada..sini bukan dokter sinta
Sapa patah tulang, boleh amek simen, bancuh kasi rata, dan letakan kat tempat terjejas,
Sapa patah gigi, jangan senyum banyak2..
Patah seribu lagu shila amzah, moga jodoh beliau dan shahnaz Ahmad sampai ke jinjing pelamin.Banyak pulak dugaan dorang ni..

Gelang Patah merupakan sebuah bandar kecik kat Johor,
Ranting patah fenomena alam yang normal,
Pen patah, ganasnya korang menulis,
keyboard  patah beli baru,
Jariku patah di mempaga, hari-hari gali tanah, balik rumah mohon jadi penggali kubur sementara tunggu naik sem 6.

Turun naik gunung-ganang, redah hutan belentara, jalan sini sana, kawat tak ikut masa,
muka hitam kusam, sunblock tak berkesan
kuku kaki pulak patah.


Kalau kuku tercabut atau patah disebabkan jangkitan kulat, memang kene pergi jumpa tabib ataupun dokter,
dapatkan krim yang sesuai untuk menghentikan jangkitan. Kalau nak beli kat famasi berhampiran pun ok. Boleh tanya kat famasi krim yang sesuai. Contoh jenama yang biasa digunakan macam Creobic Cream dan sewaktu dengannya. Sila rujuk kepada yang pakar anda.

Kuku tercabut pun boleh berlaku jika terdapat pendarahan di dalam kuku. Pendarahan boleh berlaku semasa bersukan, hiking, tersepit pintu rumah atau pintu kereta, kuku terhentak dengan benda benda keras dan lain lain situasi yang munasabah. Pendarahan di bawah kuku akan bertukar kepada warna hitam. Pendarahan yang kronik boleh menyumbang kepada kuku tercabut. 




Biasanya kalau kuku da mati, boleh terus cabut, Tak sakit pun. Cume boleh buat drama la untuk takut takutkan orang. Paling penting..nantikan kehadiran kuku baru yang akan tumbuh dan dalam masa yang sama jaga lah kebersihan. :)

2 comments: