Friday 21 December 2012

Bukan Paling Cantik..Tapi Cantik dan akan Semakin Cantik


"Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaianTAQWA, itulah yang lebih baik..."
[al-A'raf, 7:26]

kisah yang saya paparkan ini kepunyaan mutlak Angle Pakai Gucci
Di terbikan semula oleh •*¨The Diary¨*•
Love reading this story:)

Ada Sang Ulat Bulu Punya Kaki Seribu
Siapa Jumpa KakiKu..KakiKu
Jikalau Tak Nampak
TerpaksaKu Melompat Dengan Kaki Seribu Kurang Satu 

Monday 17 December 2012

Kalau Dah Sekali Sayang

Semejak-semejak ni semua sudah berubah.wajahnya yang manis tu sudah pudar tanpa senyuman. Yang diukir kini bukan gambaran jiwanya yang membayangkan rasa suka tapi cuma gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dengan mulut ter­tutup atau terbuka sedikit bagi menutup kegalauan hatinya. Apa yang memberatkan ragamu itu. Malammu bersama air mata. Walaupun siang harinya kau kembali memberikan senyum manis madumu. Tapi madu ini bukan lagi nektar semanis bunga tapi rasanya bagai hati yang difermenkan racun berbisa. 

Thursday 29 November 2012

Sudah Mari~~~~~~

BENGKEL PHOTOSHOP (Basic & Intermediate).

Basic:
-belajar basic photoshop seperti tools, layar, penggunaan pentool dan sebagainya.

Intermediate:
-Aplikasi photoshop dalam design dan juga kartun seperti membuat komik, 
-belajar kartunkan muka anda sendiri~!
-belajar mewarnakan gambar potret dan kartun simple.
-anda tak pandai design, tp anda akan mendapat hasil design yg osem selepas sertai bengkel ini~!

Anda boleh pilih hari yang anda ingin sertai.
(anda digalakkan memiliki basic photoshop sebelum sertai intermediate photoshop).

1 Hari= RM15
2 Hari= RM25


Tenaga pengajar:
-crew Geng Kartunis USIM, SPMM.

Tarikh: 1 Disember (Basic) & 2 Disember (Intermediate)
Masa: 8.30 am - 4 pm
Tempat: MSC 02 MPG (FST lama)

Berminat? Sms [Nama] [No Phone] [Email] [Hari Pilihan] kepada Khadijah (013-2250183).

Pendaftaran secara online:


#Bas & makanan disediakan.
#Terbuka kepada semua.




Preview

Insya Allah..akan datang!

Bengkel asas Photoshop dan Pertengahan (Aplikasi dalam Design dan juga Kartun.)

Kelebihan menggunakan digital, gambar yang sama, anda boleh pelbagaikan gaya, 


aksesori dan sebagainya.

Booking taw tarikh 1 & 2 Disember. Tunggu pendaftaran dibuka..^_^

Anjuran: Kumpulan LA ke Universiti Andalas dengan kerjasama-Geng Kartunis USIM,SPMM.






Tuesday 27 November 2012

Lidah Buaya Darat~~~Lalalala


Saat ni.Saat paling genting. Aku tengok semua orang tengah huru hara. Bisnes plan dah  menghampiri due date. Kitab tua yang kami belajar ramai-ramai dengan ustaz safwan, tutonya dah dimuat naik di GOALs. Karangan aku pasal cik Salmonella da kene rijek. Cik salmonella ni nak femes banyak.

Teh Tarik Buing-Buing Cinta Rossa & Mamak Manusalwa

:)


Semalam aku online kat kedai febret ramai. Mamak Manusalwa. Saja paksa badan  rajin turun bawah Tak buat apa pun. Dating pun idak.Minum tea tarik buih-buih cinta. Cinta apa? Cinta Mamak la. Pengasih betul Mamak buat air. Patut pelanggan tak putus-putus.


Tekak haus. Makin telan air yang aku masak dari sumber paip Acacia Avenue, makin perit tekak. Tekak ni mintak belaian air tea tarik buih-buih cinta Mamak. Belum dapat tempat duduk lagi. Mamak dah layangkan senyuman semanis laddu. Mamak nak sorongkan kerusi. Aku malu la. Ramai orang. Aku pesan nak tea tarik buih-buih cinta special satu. Mamak soal apa pasal satu aja, biasa tiga tak pun lima gelas.


Wednesday 21 November 2012

Mamak Manusalwa Bikin Roti Canai Paling Ummmpppphhhhh~~~~ Love u Mamak


Hari ini hari minggu. Hari ini saya cuti. Yess!!!
Biasa bukan senang cik adik askar macam saya ni nak dapat off duty. Memang syok. Pagi lagi dah singgah kat Pantai Bagan Lalang. Main-main air. Tak sorang pun ke situ. Kawan saya yang nama Bie tu drive. Kalau tak, jogging kat area perumahan Acacia tu je la.

Ermm..makan pagi kami bungkus roti canai kat mamak Manusalwa. 10 keping semuanya. Roti Gardenia Combo pack. Ada kaya. Ada peanut butter. Air masak 2 botol. Tu dah cukup baik. Alhamdulillah. Orang kat Gaza pengsan-pengsan tak makan. Kami kat sini dapat hadap roti canai mamak pagi-pagi.

Hohoho..ingat nak pergi McD tadi. Khabarnya ada sarapan pagi free. Tapi Dayah cakap kita jangan sokong zionis. Kecian saudara kita semua kat Gaza tu. Hari-hari hujan peluru. Hari-hari banjir darah. Ok. No McD anymore. Bie pun dah tanggalkan pelekat drive thru. Kita makan buger kat kedai acik tepi Rumah Kari je lepas ni. Moga-moga usaha kita dengan boikot McD ni, boleh lumpuh sumber kewangan yahudi. Tak pun. Sekurang-kurangnya duit kita tak dilaburkan untuk bunuh saudara sendiri.

Monday 5 November 2012

KentOt BuSyUk


kentut busuk...

mesti korang perasankan.kalau makan telur banyak2.mesti kentut korang akan lebih semerbak harum dari biasa..perghhhhh..bley pengsan kalau gas tersebut dilepaskan kat tempat2 yang tak ada pengudaraan.

 Secara semula jadinya.kentut ni memang fitrah manusia dan antara nikmat terbesar yg sering dikeji..hihihi..kalau ianya dilepaskan secara berleluasa  kentut ataupun secara x bertempat. secara semuala jadinya juga..

kentut dapat membantu bagi mengeluarkan lebihan gas dari dalam badan. Walaupun telur dikaitkan sebagai penyumbang kepada bau sebegini. namun diet seharian kita x lengkap tanpa telur.hihi..

meh sini nak kongsi resipi superfast siap. bahan-bahan yang diperlukan ialah:

telur 3 biji.
kicap lemak manis
lada hitam.




Cara-caranya:

 mula rebus telur bersama air sampai air mengelegak. jika korang nak hasilkan telur separuh masak.masak dulu air panas.air panas yg da gelegak tu bolah la guna untuk rebus telur selama 10 min dalam bekas tertutup.jika terlebih 10 minit telur akn lebih masak dan jika terlampau lama telur akan jadi telur rebus.


telur rebus/separuh masak ni boleh la di lenyek-lenyakan jika suka.kalau tak.lepas pecahkan kulit tu da boleh makan dengan kicap je.Bagi yang sukakan rasa pedas-pedas sikit.boleh campurkan lada hitam.



selamat mencuba.
resipi ni kami buat dari lebihan bahan analysis sensori.
Nyumnyummmm.selamat mencuba semua.
Jangan amalkan selalu diet ceni untuk elakan kentut korang berbau.sekian


Boleh dimakan sebegitu saja atau bersama-sama roti :)

Tuesday 30 October 2012

SuKiPT

Serikandi Teakwando..hoho..terbaik
Sila fokus pada tajuk ' Serikandi Teakwando'
 
Hihihi..mula-mula tengok keratan akhbar ni..suka sangat-sangat..
Ni la kawan-kawan satu team teakwando..
Orang lain masuk paper gambar ayu maut wanita melayu terakhir gitu..tapi teman-teman aku ni tayang kick..fuhh terbaik!!!
Bersempena dengan SUKIPT 2012 yang sedang berlangsung kini,
USIM menjadi tuan rumah bagi acara teakwando yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai.
Sangat meriah dengan liputan media, surat khabar keluar, tb pun keluar.
Ni la team teakwando seramai 9 orang yang menjadi taruhan USIM.
Walaupun dalam masa latihan yang singkat, serikanda-serikandi semua tetap turun dengan penuh semangat dan memberikan persembahan terbaikkkk.
Tahnia semua:)



Walaupun tak dapat bersama korang, doa tetap ku kirimkan. Good luck semua. Chiyokkk3 team USIM. Buat semua kawan-kawan yang bertugas jadi urusetia terima kasih banyak-bnyak untuk ni


#hadoi la daku yang tak turun lawan ni pon dapat publisiti...haha



Sunday 28 October 2012

KaMbing MengGemBeKKK...EmBeKKKKK~~~eMbEkkkkk~~~












Raya Haji 

Kami membesar di Cochrane, KL. Tapi secara keseluruhannya kami bertuah sebab sempat merasai suasana rewang, raya yang meriah, gathering keluarga ramai-ramai. Zaman ni, bagi sesetengah orang raya haji adalah cuti yang biasa-biasa je, lepak-lepak kat rumah depan tb. Tapi kami memang terbaik
Raya Aidiladha takkan seri tanpa ketupat umi, rendang & kuah kacang opah chu, ayam masak kurma, nasik impit (paling kacang-g kedai,beli yang jenama NONA ke..tak pun ADABI,rebus..TARAAAA…siapJ)

Apapun tahun ni, lain macam sikit meriahnya. Siap ada dodol, trifel, homemade cokelat khas air tangan Aunty Rosita. Malam raya lagi kami yang kat rumah ni tak tau kene sampuk apa, buat tiga jenis kek.
kek oren-atas permintaan umi
kek vanilla + kek cokelat- atas permintaan ramai


Saturday 1 September 2012

Nilai~~~saya da SaMpaI

Alhamdulillah..saya tamat sudah pendaftaran kemasukan pelajar degree tahun satu  semalam.  Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum ke Universiti Sains Islam Malaysia.  Tahniah kepada semua dan selamat melangkah ke alam universiti. Seronok tengok orang masuk u.  Meriah gitu..adik -kakak, atok-nenek, sepupu-sepapat, jiran -sekampung turut serta. Disebabkan kenderaan tak boleh di bawa masuk ke kawasan Kolej Kediaman, maka  beramai-ramai la pelajar beserta anggota pengiring mengimarahkan bas kelabu  USIM. Macam ada satu bas yang kawan saya jaga, pelajarnya 5 orang je, baki dalam bas tu semua anggota pengirng :D Buat adindaku Sharifah Mardhiah Binti Syed Malick yang diterima masuk ke Universiti Malaya. Tahniah berkalung kemaafan.Sedih gak tak dapat hantar adik sendiri masuk u. Walaubagaimana sekali pun, saya tumpang gembira aci atiqah,  syafik stylo, honey B dan kawan-kawan yang hantar adik  ke USIM. Bergembira bersama USIM.