Tuesday 19 February 2013

ImPiaN PerKhawinan

Saya harap..
 Awak akan ada kampung
Kampung awak punya tanah
Tanah buat dusun
Bukan Sekadar dusun yang daun lalang meliut liut, Kering Kontang, batu batan
Dusun ni semahunya sesak dengan pokok 
durian rambutan pulasan mangga pisang jambu batu jambu air  nenas ciku mata kucing mangis


Zaman ni sape lagi berminat nak jadi ala ala petani moden
Tapi saya suka
Ini impian
Berbudi pada tanah itu saya suka
Saya terlatih dalam berbudi kepada tanah
Takat gembur tanah sampai tahap pinggan pinggang tak ada hal
Takat gali tahap kubo pun saya tak merungut
serba terlatih

 **********************************************************

Rambutan & Pulasan sama merah.tapi kulit pulasan lagi tebal,bebulunya kontot kontot dan keras. Pokoknya seumur hidup, sampai sekarang tak pernah tengok pun. Makan pun sebab orang sedekah atau pun petik kat pasar pasar malam. First time jumpa, masa darjah 5. Aku berwaksangka pulasan adalah rambutan berpenyakit genetik.cacat.hoho.

Itu picisan cerita generasi Y yang dari kecik menghirup udara kota. Generasi Z macam mana. Boleh bezakan antara laici, pulasan dan rambutan tak?

Hari tu cikgu aku gaduh dengan penjual buah kat Landon. Cikgu marah kat penjual salah taging Rambutan sebagai Laici. Mana boleh. Cikgu kenal macam mana pokok rambutan. Rambutan ini tanam kat Malaysia. Laici ini tanam kat kawasan China yang ada empat musim.  Penjual pun hangin jugak. Dia cakap ini adalah Singapore Lychee. Gaduh punya gaduh, tak tau sape menang. cerita tergantung. Kemenangan selayaknya diberikan kepada orang yang berjaya memjenamakan semula rambutan dengan nama yang lebih ber'gaya'. Kuasa branding boleh memanipulasikan keadaan. 

Rupanya benda ni dah lama. Basi suda. Menurut menteri perlancongan Malaysia, Ng Yen Yen bukan setakat rambutan saje direbranding sebagai Singapore Lychee-Singapore Product banyak lagi macam Singapore Laksa dan Singapore Bee Hoon. Sama la macam kes English tea dan Swiss chocolate. Walaupun Switzerland dan England tak tanam koko dan teh kuasa penjenamaan berjaya membuat kita percaya  Switzerland dan England menghasilkan koko dan teh.

Kesimpulannya, re-branding, re-name, re-package berjaya meningkatkan populariti rambutan. Mungkin kalau tak ada orang kretif reka nama Singapore Lychee, maka kemanisan keenakan rambutan hanya dinikmati oleh kita kita je. Nampak tak kepentingan penjenamaan kat sini?


p/s: lepas ni jual pulasan dengan brand Malaysia Strawberries kat Landon









No comments:

Post a Comment