Saturday 1 September 2012

Nilai~~~saya da SaMpaI

Alhamdulillah..saya tamat sudah pendaftaran kemasukan pelajar degree tahun satu  semalam.  Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum ke Universiti Sains Islam Malaysia.  Tahniah kepada semua dan selamat melangkah ke alam universiti. Seronok tengok orang masuk u.  Meriah gitu..adik -kakak, atok-nenek, sepupu-sepapat, jiran -sekampung turut serta. Disebabkan kenderaan tak boleh di bawa masuk ke kawasan Kolej Kediaman, maka  beramai-ramai la pelajar beserta anggota pengiring mengimarahkan bas kelabu  USIM. Macam ada satu bas yang kawan saya jaga, pelajarnya 5 orang je, baki dalam bas tu semua anggota pengirng :D Buat adindaku Sharifah Mardhiah Binti Syed Malick yang diterima masuk ke Universiti Malaya. Tahniah berkalung kemaafan.Sedih gak tak dapat hantar adik sendiri masuk u. Walaubagaimana sekali pun, saya tumpang gembira aci atiqah,  syafik stylo, honey B dan kawan-kawan yang hantar adik  ke USIM. Bergembira bersama USIM.