Wednesday 28 September 2022

Contoh Doa Kirimam Depan Kaabah

Kalau ada sedara- mara, sahabat-handai yang nak ke Mekah,
Kita boleh la kirimkan doa

Ni la contoh yang saya pernah karang,
Boleh la korang ambil idea sedikit sebanyak 


Dengan Nama Allah tuhan sekalian Alam, maha pemurah lagi maha penyayang 
Ya Allah, sahabatku  Muhammmad Nazrul B Baharuddin Sharifah Maryam Binti Syed Malick  telah mewakilkan kepada aku untuk mendoakan untuk mereka. 

Ya Allah di hadapan KAABAH MU yang mulia ini
Hambamu yang kerdil dan penuh dosa ini, menadah tangan memohon keampunan dari pada mu, Ya Allah, ampunkan semua dosa-dosa Maryam &Nazrul, ibu bapa, mertua dan ahli keluarga, guru-guru,  shabat-sahabat & Jiran tetangga Maryam &Nazrul. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.Kurniakan lah syurga Firdausi buat kami semua. Ya allah bantulah kami mengaharungi dunia akhir zaman yang penuh panca roba dan tipu daya.

Ya allah, Muliakanlah agama Islam dan kaum Muslim, Ya Allah Tolong la agama Islam dan kaum muslimin, Ya Allah Tolong la agama Islam dan kaum muslimin di Palestin, Yaman, Syira, Iraq, Myanmar, Rohingya, India, Afganistan, Malaysia, Indonesia, di mana sahaja dan pada setiap masa. Ya Allah berilah kemenangan kepada Islam dan Kaum Muslimin. Kau hancurkanlah musuh musuh islam yang sentiasa melakukan fitnah, kejahatan, penindasan dan kekejian kepada agama islam. 


Ya Allah, piliharalah keamanan dan keselamatan negara kami Malaysia tercinta, berilah kemakmuran dan keharmonian kepada kami. Ya Allah kurniakan kami pemimpin yang beriman, jujur, amanah dan menegakkan kalimahMu pada pilihan raya umum Malaysia Ke 15. Hancurkan musuh-musuh islam, politikus yang korup, pemimpin yang menzalimi rakyat. Berilah kemenangan kepada Islam dalam PRU 15. 

 
Ya Allah berilah kekuatan kepada Nazrul & Maryam dalam menjalankan kerja2 dakwah dengan berkesan di muka bumi ini, jangan kau lalaikan mereka dengan nikmat duniawi. Berikan Nazrul & Maryam kekuatan untuk solat berjemaah di masjid, membaca Al-Quran, melakukan banyak sadaqah dan jariah serta meinfakkan harta di jalan Allah dengan istiqomah


Ya allah berkati la Nazrul&Maryam dan sahabat2 mereka dan limpahkan lah rezeki mereka. Kau berikan rezeki dalam perlbagai bentuk,rezeki yang tak disangka sangka, rezeki yang tiada hijab dari mu. Berikan kesihatan yang baik dari segi mental dan fizikal kepada mereka dan seluruh keluarga dan sahabat2 mereka. Berikan kebaikan di dunia dan di akihrat kepada mereka semua

Ya Allah, Kurniakan lah rezeki anak-anak soleh solehah kepada
1.Idayu dan Amirul Aidil
2. Nabilah Amran dan Azhar Fauzi
3.Munirah Salleh dan Mohammad Qutaibah B. Muhammad
4. NorAnis Azhar Bt Azhar dan Mohd  Amirudin bin Abdul Razak
5.Nurul Huda Bt Ahmad Fauzi &Mohd Sukri Daud
6.Sharifah Raihana Bt Syed Imam & Mohd affendi Bin Mohd Zain
7.Nur Afifah Bt Ibrahim & Hairul Ridzuan
8.Noor Najwa Hassan & Muhammad Fikri
9. Nooraniza Isamail & Redza Mustafa
10.Muh Hafiz B. Muh Puzi & Maznah Bt Ab Rahman 

Kurniakan lah jodoh yang baik dan soleh solehah kepada
1. Nur hidayah Binti Mohd Johan, Rabiyatul adawiyah Bt Arifen,  Nur Silawati Bt Baharudin, Nur Asniyati Bt Abdul Halim, Aisyah Nabila bt Idris, Mawaddah Binti Mohd Azlan, Nurfarhana Binti Ishak, Yohana Akmal, Soihatunnajwa Bt Marjum, Nor Syakira Adzhari, 
2. Sh Humairah Syed Malick, Syed Muhammad Arif S. Malick, Sharifah Afiqah S. Malick & Syed Muhammad Ammar S. Malick
3. Nur Atiqah Ahmad Kamal, Nur Hakimah Adilah Bt Ahmad Kamal, Nadirah Afiqah Bt Ahamd Ismail, Yasmin Suraya Bt Ahamd Ismail, Nur Yukabit Bt Ibrahim, Nur Jahida Bt Ibrahim
4. Muhammad Izham B. Baharuddin, Nor Idayu B Baharudin, Shafina Bin Azmi

Ya Allah,kurniakanlah kesembuhan kepada 

1. Baharuddin bin Musa daripada penyakit strok dan penyakit2 kronik
2. Mohomad Azali Md Nordin


Ya Allah, berilah kehidupan yang berkat, umur yang berkat & rezeki yang berkat, kekayaan yang melimpah ruah kepada Nazrul & Maryam , mudah-mudahan dengan rezekimu, mereka menginfakkan harta ke jalan mu, mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.

Ya Allah, jemputlah Nazrul & Maryam, Syed Malick B Syed Imam, Baharuddin Bin Musa, Azlina Binti Samsuri untuk menjadi tetamuMu di tanah suci ini untuk menunaikan umrah dan haji.

Ya Allah, inilah hajat yg Sharifah Maryam Bt Syed Malick & Muhammmad Nazrul B Baharuddin ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah rahmat Mu, kabulkanlah hajat-hajat mereka berdua ni.

Amin Ya Rabbal Alamin."


Monday 26 September 2022

Tudung tudung square printed yang cantik-cantik

 

Hai uoll,

Laki kita selalu cakap, kepala satu, tapi tudung ada banyak

Kita balas balik, nak cantik kan, kalau sehelai  dua je, da masyam nak basuh, amek masa

Susah la awak..hahahaha

Saya nak bagitahu korang semua, saya ada jual tudung LeeyanaRahman edisi getaran Jiwa

Kelebihan tudung ni macam kat bawah ni

LEEYANARAHMAN SCARVES


💞 Design Exclusive dari Leeyanarahman

💞 Material Premium Cotton Voile

💞 Bidang 45’ (Adjustable)

💞 Kain sejuk , selesa & lembut

💞 Awning on point

💞 Bawal mudah bentuk & ironless


Harga serendah RM29 sahaja🤩

Jom gunakan material korean cotyon voile untuk melawa !! Memang senang nak gosok la sis 😜😜 sekali gosok terus HERLOKKK !! 

.Yang paling penting senang nak TERBENTOKKK tauuu !! 🔥🔥


Gais, kalau uoll beli di shoppe saya, sekarang ada promo free delivery

untung sangat, tak payah berhabis duit nak postage. Klik sini



























Thursday 22 September 2022

Pengalaman Berkhemah di Tepi Sungai

Dulu main sungai, masuk hutan bawak diri sendiri
Ni pertama kali bermalam di tepi sungai bawak anak kecik
Nasib ramai aunties dan uncles yang rajin melayan kerenah Naira
Kalau tak pengsan ibu ayah nak handle kau anak oii...

Kene gilir-gilir pantau Naira, kang masuk sungai budak ni 

Cuti Hari Malaysia ni Kami pacak Khemah di Taman Eco Rimba sungai Tua
Semua khemah baru gaiss, kita kasi test
Kami beli di Shoppe, hajat di hati nak pakai Khemah Decathlon brand baik punya, 
Peruntukan untuk barang camping masih comel 
Belum rezeki kami nak memiliki Khemah mahal 
Kita menabung dulu, next time dah pro sikit ilmu camping, kita upgrade barang-barang camping

Cuti umum panjang, memang penuh orang berkhemah, 
ada yang dah datang sejak petang khamis, sehari sebelum Hari Malaysia
Boleh la cop port khemah cun-cun tepi sungai
Kawasan Taman Eco Rimba Sg Tua ni ada pintu pagar,
Pintu pagar bukak pukul 8 pagi,jadi kalau korang sampai awal pun, tak boleh masuk
Tapi boleh dapat parking yang dekat la 

Alhamdulillah, kami dapat pacak khemas dekat sebelah sungai dan kawasan tu dekat dengan tandas
Senang la urusan nak cebok, tukar pempes naira
Lagi si Naira asik tunjuk tangan ke sungai, ajak ibu mandi sungai, sejuk anak oiii..
Kadang ibu pujuk dia, main2 atas jambatan tengok sungai dari atas je 

Hari pertama kami camping, hujan di belah petang
menguji ilmu-ilmu camping,
kawasan kami pacak khemah ni laluan air 
Geng abah-abah dah korek longkang mini untuk ubah haluan air, 
menjadi, function, cume hujan lebat sangat, ada bahagia longkan mini pecah dek arus air kuat
masuk juga air ke kawasan khemah, ground sheet yang pasang dapat la lindungi khemah dari basah
Cuma khemah kami ada part air meresap sedikit, sebab salah lipat ground sheet 





Anak Ibu nyenyak tidur







Hari pertama camping, Naira dan ibu je sempat berendam dalam sungai 
waktu semua team duk bertungkus-lumus siapkan khemah, 
Balik dari mandi, ibu pass la Naira kat ayah untuk dijaga
Ibu masuk dapur, tolong-tolong masak, nampak la rajin kan
petang dah hujan, lepas asar air arus laju, kami pun sibuk siapkan barang-barang BBQ
Lepas BBQ & solat, kami night walk menyelusuri sungai, menikmati keindahan alam sambil mengusha khemah dan peralatan camping orang..hahahaha
Malam sejuk sangat, korang, memang kene pakai stokin, sweeter, selimut untuk tidur
Naira je tidur relek tak pakai selimut, tapi ibu pakaikan baju lengan panjang yang tebal la





Pagi-pagi sejuk sangat, ibu bangun awal sebab nak terkucil sangat, nasib tandas dekat
Lepas Subuh, kami buat sarapan senang je..roti titab, sandwich sardin, 
goreng keropok lekor, karipap dan air neslo
Baki makanan semalam pun ada sikit kita habiskan



Siap sarapan, kami morning walk cari port mandi best
Hasilnya tidak mengecewakan,
Bukan Naira je happy mandi, ibu ayah , aunties & uncles semua mandi tak ingat dunia
Nak 3 jam lebih jugak kami main air dan baru pulan ke khemas dan bersiap pulang 


cantik sangat, subahanallah


Gegirl

Abah abah

Naira dah tidur sebab penat sangat mandi



Terasa pendek dan letih sedikit berkhemah 2Hari 1Malam, Mungkin akan datang akan cuba perkhemahan yang lebih panjang sedikit







Monday 5 September 2022

Buat Kek Pisang Special

Assalamualaikum semua

Bertahun tahun tak menulis, tiba-tiba baru ingat pernah ada blog.
godek2, eh, ingat lagi passowrdnya..
Sekarang gue sudah beranak satu, my baby busuk, intan payung nama Naira Ibtisam
Good girl anak solehah yang sentiasa nak ikut ibu ke sana sini, kalau boleh dalam jamban pun nak
berkepit 

Cakkkk





My hubby, rajin bercucuk tanam 
Hujung minggu lepas, keluarga mertua datang rumah 
Kebetulan pokok pisang lemak manis setandan dah sesuai nak tuai
Pisang yang banyak2 ni bagi sikit umi MIL bawak balik Melaka, bagi jiran dan Mama Emilia (baby sitter Naira)



Hari-hari kami makan pisang, Naira paling suka, dia hantu pisang
Sentandan ni banyak walaupun da share ramai ramai
Untuk elakan pisang ni busuk macam tu sahaja
Ibu Naira pun buat kek pisang, ikut resipi cik Nom, tapi banyak ejas ikut cara sendiri 

Hantu Pisang
 

Bahan-bahan:
  • 8 biji Pisang lemak manis, dilecek ( Sizenya kecil2, kalau korang pakai pisang yang size besar macam berangan 5 biji pun ok)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak kelapa sawit
  • 3 biji telur
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat * diayak
  • chocolate coin untuk hiasan *optional 

Cara-cara penyediaan:
  1. Lapikan acuan 9 inci x 9 inci degan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 180 °C.
  2. Ayak tepung dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar
  3. Blenderkan telur, gula perang dan minyak sawit sehingga kembang selama 3 minit.
  4. Masukan pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanilla dan blen lagi selama 2 minit
  5. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi tepung ayak tadi. kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama, untuk elakan pembentukan gluten yang menyebabkan kek jadi keras 
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang dan chocolate coin di atas permukaan.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 40-50 minit. Boleh guna lidi untuk test kek dah masak ke belum. Cucukan lidi di tengah kek, kalau tarik keluar bersih dan licin, kek dah masak. Kalau melekit, tambah masa bakar.
Selamat menjamu selera semua





Kami ulang masak kek pisang ni sampai 3 loyang, bawak rumah mak cik sikit, bagi jiran dan kawan-kawan.

Nanti pokok pisang ayah berbuah lagi, kita fikir nak cuba resipi mana pulak


Sunday 19 February 2017

Bermesraan Dengan Cik Ostrich


Ini gambar tetamu saya
Miss Silawati
Miss Noviaulia
Jauh datang. Sila dari Ipoh, Perak, Novi dari Jakarta
Disebabkan bawak tetemu  pusing KL pergi KLCC, Istana Negara, taman burung, Planetarium  adalah perkara biasa.

Jom lah kite pergi mendekatkan diri dengan alam.
Nice to meet embak and makcik..hahaha:)


Jelita Ostrich Farm ni tempat pebret saya bawak orang berjalan
Terletak antara KL dan Seremban
1 Jam dari KL [lalu LEKAS ye ]
20 min dari Seramban

Disebabkan selalu sangat datang.. bukan setakat penjaga Ostrich je yang kenal kite..
Burung Ostrich ramah dan mesra ja bila jumpa kite
Selfie denagan tenang tanpa cuak

Tiket untuk masuk dalam
RM10 untuk dewasa
RM6 untuk kanak-kanak
Kalau anak-anak atau adik korang umur lebih dari 12 tahun, dah di kira harga tiket dewasa

Paket jagung kecik kecik korang boleh beli dengan harga RM1
Boleh la buat umpan untuk bermanja manja dengan Ostrich..haahaha

Ingat ye, sepanjang kat ladang ni, bukan cik Ostrich je nak berkasih sayang dengan korang
cik kambing, kuda, angsa, itik, ayam turkeys pun nak manja manja jugak..
Lagi lagi cik kambing..

Maka menjelajah la kami ke dalam Ladang Ostrich
\
Senyum tapi galau..hahaha..embak novi

Ostrich ni adalah burung terbesar dan lari paling laju kat darat
Kalau korang ni tinggi, dia takot sikit kat korang
yang size badan rendang rendang tu siap la korang, dia patok patok..haaha
ok..tipu je



hwwwaaaa~~~ sila.. awat kome.. kene attack ke

Awal memang weii.. gerun sikit..
nak kasi makan pun takut kene patok
Deme nie da la buas dan lahap sikit..
tapi kiut



Nampak tak.. 
Awal awal je takut sikit..
Normal la.. mendalah ni bukan korang bela kat dalam rumah..
Lipas kat rumah pun, kite da terlopat lompat..
Inikan menatang yang hoknie kan

Burung unta ni sebenarnya rabun dekat
Dia tak perasan kau pun sebenarnya
hahaha
Burung ni membezakan setiap benda yang dekat dengan warna
Hijau-Pokok
Kuning- Makanan
Merah-Musuh

Salah satu tip datag sini..
Jangan pakai warna merah 
suka la deme ni serang korang
patok2 manja je

Pink Pink tak pe

Lepas tue guide akan bawak korang untuk tengok telur Ostrich




Korang jangan takut
burung ni bukan nak serang pasai kau sedap sedap pijak telur deme
deme tak heran pon
tu bukan telur deme
telur dari kandang lain

deme ni jagung yamg korang sorok tuhh..hahaha

Korang yang badan besar jangan takut,
sebutirr telur ni boleh tahan berat sampai 150KG++
relek..enjoy je naik atas telur

Habis sesi dengan telur

Kita naik menunggang Burung nie
Korang Kene amik peluang ni
Sekali seumur hidup
Siap dapat sijil penghargaan atas Keberanian korang
Kalau telur je dah boleh tampung berat 150KG+++
Sah Sah yang besor camni boleh tahan beban lagi berat

Untuk keselamatan, dorang da siap siap tutup mata burung ni
dengan stokin..
hoii memandai kan kite
dengan kain je
Rasa macam tunggang dinosaur
Tamat sesi menunggang 

Kite akan berjalan dalam 100meter
untuk melihat pertunjukan lumba Ostrich

Sambil tunggu rider Ostrich bersiao..main main dengan cik kuda

Kuda ni kau boleh naik jalan jalan pusing tasik comel lote kat dalam ladang nie dengan bayaran RM10
boleh naik ramai ramai

Sesi racing Ostrich memang menarik
Korang akan takjub dengan kehandalan En Rider mengendalikan perlumbaan
nak bagi arahan kiri ke kanan
nak balance tak jatuh lagi
nak tepuk tepuk punggung ostrich nak suruh laju
waktu ni pasti la mata cik Ostrich tak kene tutup kan
macam waktu korang naik
En Rider memang terlatih

Kitorang sorak sorak je la sokong Ostirch idaman hati.
Terhibur sangat


Dah habis pertunjukan racing.. kira boleh balik lah

En guide akan bawak korang pusing ladang
Lalu depan kandang kuda
Boleh ambil masa habiskan saki baki jagung yang tak habis kat sini
kemudian singgah tandas
Boleh la basuh tangan bersih bersih
ye la 
tadi segala menatang korang usap usap..manja manja..main main
Penghabis sebelum balik..
Kene singgah kedai senderahati
macam macam barang berasaskan burung unta ada kat sini
kulit ostrich, bag tangan, kasut
sabun, keychin, fridge magnet

Kitorang beli air
hilangkan dahaga
Sebelum berangka pulang


Berbaloi datang sini:)

Sunday 7 September 2014

Review product Wardah



Wardah Kosmetik
pernah dengar?
mungkin tak sefemas GarnierMaybelline, Simply Siti, Safi Balqis, Fair&Lovely etc
tapi saya sudah jatuh chinta sama ini produk

Dulu..
masa duduk kat Indonesia
ni la kosmeti paling ngetop dorg
Dari anak teruna dara, ke ibu ibu bapak bapak
sume lah suka sangat Wardah ni
kira tak sah la kalau rakyat Indonesia tak pakai Wardah.

Berkat duk sana..
ni la antara benda yang sempat angkut balik
[belakang tabir: banyak buang barang ma~~~~]


tak manyak pon

Friday 20 June 2014

Nilai.. tunggu la kite

Hye n.n *lelambai
Everyone update their farewell party.
 Intership for 18 weeks officially ended today.
But not for us at Padang, Indonesia
As we start one week late than uoll guys
So we have one more lovely week  to spend here.

What gonna to do? hurmm
hang out with our wonderful and lovely Indonesian friends
also Malaysian medic students
traveling here, traveling there (Sumatra too big for us with limited time and money :p)
snap as much as possible pictures, selfie lagi
ejoying Indonesian special food
Variety Rendang; egg, chicken, beef, singkong, corn
supercheaper & Superyummy Pokat
lotek, pecal ayam/lele, sambal ijau that will make your tears flow
bakone, empek-empek, pempek gebu gebu
plus markisa and terung belanda that I never found before
Overall, I give 3 star
anatother two star keep for missing ummi's cooking and Malaysia food
and we shooping to finishing our Rupiah
 (*macam manyak sangat kan duit kitew..uhuk3)

nice place. nice view, nice people. nice foods. nice textiles
Even most of textile and shoes they take from Bandung (Berharap dapat g Bandung T.T),
but Padang tenung still cun la


Cukup la. Malas nak kasi uoll jeles