Thursday 29 November 2012

Sudah Mari~~~~~~

BENGKEL PHOTOSHOP (Basic & Intermediate).

Basic:
-belajar basic photoshop seperti tools, layar, penggunaan pentool dan sebagainya.

Intermediate:
-Aplikasi photoshop dalam design dan juga kartun seperti membuat komik, 
-belajar kartunkan muka anda sendiri~!
-belajar mewarnakan gambar potret dan kartun simple.
-anda tak pandai design, tp anda akan mendapat hasil design yg osem selepas sertai bengkel ini~!

Anda boleh pilih hari yang anda ingin sertai.
(anda digalakkan memiliki basic photoshop sebelum sertai intermediate photoshop).

1 Hari= RM15
2 Hari= RM25


Tenaga pengajar:
-crew Geng Kartunis USIM, SPMM.

Tarikh: 1 Disember (Basic) & 2 Disember (Intermediate)
Masa: 8.30 am - 4 pm
Tempat: MSC 02 MPG (FST lama)

Berminat? Sms [Nama] [No Phone] [Email] [Hari Pilihan] kepada Khadijah (013-2250183).

Pendaftaran secara online:


#Bas & makanan disediakan.
#Terbuka kepada semua.




Preview

Insya Allah..akan datang!

Bengkel asas Photoshop dan Pertengahan (Aplikasi dalam Design dan juga Kartun.)

Kelebihan menggunakan digital, gambar yang sama, anda boleh pelbagaikan gaya, 


aksesori dan sebagainya.

Booking taw tarikh 1 & 2 Disember. Tunggu pendaftaran dibuka..^_^

Anjuran: Kumpulan LA ke Universiti Andalas dengan kerjasama-Geng Kartunis USIM,SPMM.






Tuesday 27 November 2012

Lidah Buaya Darat~~~Lalalala


Saat ni.Saat paling genting. Aku tengok semua orang tengah huru hara. Bisnes plan dah  menghampiri due date. Kitab tua yang kami belajar ramai-ramai dengan ustaz safwan, tutonya dah dimuat naik di GOALs. Karangan aku pasal cik Salmonella da kene rijek. Cik salmonella ni nak femes banyak.

Teh Tarik Buing-Buing Cinta Rossa & Mamak Manusalwa

:)


Semalam aku online kat kedai febret ramai. Mamak Manusalwa. Saja paksa badan  rajin turun bawah Tak buat apa pun. Dating pun idak.Minum tea tarik buih-buih cinta. Cinta apa? Cinta Mamak la. Pengasih betul Mamak buat air. Patut pelanggan tak putus-putus.


Tekak haus. Makin telan air yang aku masak dari sumber paip Acacia Avenue, makin perit tekak. Tekak ni mintak belaian air tea tarik buih-buih cinta Mamak. Belum dapat tempat duduk lagi. Mamak dah layangkan senyuman semanis laddu. Mamak nak sorongkan kerusi. Aku malu la. Ramai orang. Aku pesan nak tea tarik buih-buih cinta special satu. Mamak soal apa pasal satu aja, biasa tiga tak pun lima gelas.


Wednesday 21 November 2012

Mamak Manusalwa Bikin Roti Canai Paling Ummmpppphhhhh~~~~ Love u Mamak


Hari ini hari minggu. Hari ini saya cuti. Yess!!!
Biasa bukan senang cik adik askar macam saya ni nak dapat off duty. Memang syok. Pagi lagi dah singgah kat Pantai Bagan Lalang. Main-main air. Tak sorang pun ke situ. Kawan saya yang nama Bie tu drive. Kalau tak, jogging kat area perumahan Acacia tu je la.

Ermm..makan pagi kami bungkus roti canai kat mamak Manusalwa. 10 keping semuanya. Roti Gardenia Combo pack. Ada kaya. Ada peanut butter. Air masak 2 botol. Tu dah cukup baik. Alhamdulillah. Orang kat Gaza pengsan-pengsan tak makan. Kami kat sini dapat hadap roti canai mamak pagi-pagi.

Hohoho..ingat nak pergi McD tadi. Khabarnya ada sarapan pagi free. Tapi Dayah cakap kita jangan sokong zionis. Kecian saudara kita semua kat Gaza tu. Hari-hari hujan peluru. Hari-hari banjir darah. Ok. No McD anymore. Bie pun dah tanggalkan pelekat drive thru. Kita makan buger kat kedai acik tepi Rumah Kari je lepas ni. Moga-moga usaha kita dengan boikot McD ni, boleh lumpuh sumber kewangan yahudi. Tak pun. Sekurang-kurangnya duit kita tak dilaburkan untuk bunuh saudara sendiri.

Monday 5 November 2012

KentOt BuSyUk


kentut busuk...

mesti korang perasankan.kalau makan telur banyak2.mesti kentut korang akan lebih semerbak harum dari biasa..perghhhhh..bley pengsan kalau gas tersebut dilepaskan kat tempat2 yang tak ada pengudaraan.

 Secara semula jadinya.kentut ni memang fitrah manusia dan antara nikmat terbesar yg sering dikeji..hihihi..kalau ianya dilepaskan secara berleluasa  kentut ataupun secara x bertempat. secara semuala jadinya juga..

kentut dapat membantu bagi mengeluarkan lebihan gas dari dalam badan. Walaupun telur dikaitkan sebagai penyumbang kepada bau sebegini. namun diet seharian kita x lengkap tanpa telur.hihi..

meh sini nak kongsi resipi superfast siap. bahan-bahan yang diperlukan ialah:

telur 3 biji.
kicap lemak manis
lada hitam.




Cara-caranya:

 mula rebus telur bersama air sampai air mengelegak. jika korang nak hasilkan telur separuh masak.masak dulu air panas.air panas yg da gelegak tu bolah la guna untuk rebus telur selama 10 min dalam bekas tertutup.jika terlebih 10 minit telur akn lebih masak dan jika terlampau lama telur akan jadi telur rebus.


telur rebus/separuh masak ni boleh la di lenyek-lenyakan jika suka.kalau tak.lepas pecahkan kulit tu da boleh makan dengan kicap je.Bagi yang sukakan rasa pedas-pedas sikit.boleh campurkan lada hitam.



selamat mencuba.
resipi ni kami buat dari lebihan bahan analysis sensori.
Nyumnyummmm.selamat mencuba semua.
Jangan amalkan selalu diet ceni untuk elakan kentut korang berbau.sekian


Boleh dimakan sebegitu saja atau bersama-sama roti :)