Friday 31 May 2013

Riang-ria: Teka teki

Baru-baru ni kami sekeluarga biotech Gen7 telah melawat ke Rumah Anak Yatim Madrasah Hashimiah di Selayang. Riang-ria duduk melayan budak-budak ni melukis..salah seorang budak-budak tu kasi teka teki ni kat saya...dOLOp..

Whohohohho...tak tau pulak teka-teki kacang ni femes je masa saya kecil lagi..Dah besar baru jumpa..


Tuesday 28 May 2013

Part 2: Minyak yaNg SaMpaH

Kitar semula adalah proses menukar bahan sisa kepada produk baru untuk mengelakkan pembaziran bahan yang berguna, mengurangkan penggunaan bahan-bahan mentah, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara disebabkan pembakaran, dan pencemaran air dari tapak pembuangan sampah dengan mengurangkan keperluan menggunakan sistem pelupusan sisa "konvensional" , dan pelepasan gas rumah hijau yang lebih rendah berbanding dengan pengeluaran plastik. Kitar semula adalah kunci utama pengurangan sisa moden .

Slogan popular "Reduce, Reuse, Recycle"/"Kurangkan, Guna semula, Kitar semula"  sering dilaungkan bagi melindungi alam sekitar .
Minyak Masak:)

Ok berbalik kepada isu minyak..

Minyak Masak, Minyak kelapa, Minyak Jagung, Minyak zaitun (Olive), Minyak Kacang Soya,  Minyak kacang tanah(Groundnut), Minyak bijan (Sesame), minyak kapas (Cottonseed),  Minyak kanola (Canola).

Semua minyak di atas sangat sinonim dalam kehidupan seharian kita. Macam mana pula dengan minyak di bawah:

Sewage oil (kumbahan),Drainage oil ,Swill oil,Slope oil or Gutter oil (longkang)

Jarang-jarang kita dengar.

Minyak sampah / minyak longkang / minyak kumbahan /Sewage oil/gutter oil atau drainage oil adalah sisa dan minyak yang dibuang dan dikutip dari longkang dan sampah, berhampiran restoran-restoran yang telah "ditapis" yang akan digunakan semula dan dijual semula sebagai minyak masak murah. Disamping itu, lemak dan organ haiwan juga boleh diproses bagi menghasilkan minyak ini. Minyak ini juga diproses sebagai makanan haiwan seperti khinzir dan ayam dikenali sebagai 'slop oil' atau 'swill oil'.

Penggunaan minyak sampah dalam industry makanan mula dikesan sekitar tahun 2000. Skandal keselamatan makanan (food safety) di China menggemparkan dunia apabila kebanyakan restoran menjual dan menggunakan minyak sampah dalam penyediaan masakan mereka. Selain itu, kebanyakan penjaja makanan (terutama makanan bergoreng)  menggunakan "minyak sampah" bagi menjimatkan duit dan mengurangkan kos. Minyak ini dikumpul, dihantar ke kilang dan diproses bagi memperbaiki bau, warna dan pH minyak. 


Susah untuk membezakan antara minyak sampah dari minyak masak asli bersandarkan  warna dan rupa disebabkan tiada standard teknikal dibangunkan untuk mengenal pasti minyak sampah (professor Wang Chengming, 2011). Minyak kitar semula yang dipanaskan tidak akan memenuhi standard minyak masak selamat kerana ia akan mengandungi tahap  hidrokarbon aromatik polisiklik (polycyclic aromatic hydrocarbons), logam dan kolesterol yang tinggi dan  berbahaya kepada kesihatan.

Di bawah undang-undang China, mereka yang terbabit dalam menghasilkan atau menjual makanan  berbahaya akan berhadapan dengan hukuman mati. Penggunaan minyak sampah boleh menyebabkan kenser buah pinggang, payudara, kolon, perut, dan ovari.


Minyak sampah juga di kesan digunakan dalam penghasilan antibiotik bagi menggantikan minyak kacang soya yang mahal. Cefalosporins adalah sejenis anitibiotik disyorkan doktor dan digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai jenis jangkitan di seluruh dunia . Kebiasaannya minyak kacang soya digunakan dalam pembuatan pil Cefalosporins. Malagnya, minyak longkang juga dikesan digunakan oleh beberapa syarikat untuk membuat Cefalosporins. Tiada bukti pengambilan sebijik pil  antibiotik ini menyebabkan kemudaratan kepada tubuh manusia.

Program kitar semula minyak semakin mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Di Malaysia, terdapat 22 kilang pemprosesan minyak sampah. Minyak ini kebiasanya diproses kepada biobahan api (biofuel), sabun (Kementrian Kesihatan Malaysia, 2012), kosmetik, dan makanan ternakan. 

Saya masih ingat ketika kecil, saya pernah lihat pelita menggunakan minyak masak. Jom tengok video kat sini





Rujukan:
http://newsdirect.nma.com.tw/SingleItem.aspx?asset_id=OEM_20120511_OINT_002
http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2011/9/17/columnists/madeinchina/9517274
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/21/focus/9943711&sec=focus
http://www.asiaone.com/News/Latest%2BNews/Asia/Story/A1Story20111220-317231.html
http://ednewschina.com/?p=555
http://50kzone.blogspot.com/2013/03/discarded-food-waste-slop-recycled-into.html
http://www.nytimes.com/2010/04/01/world/asia/01shanghai.html?_r=0
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-china-19462349
http://passionateprimes.wordpress.com/2012/09/04/and-now-gutter-oil-in-antibiotics/
http://en.wikipedia.org/wiki/Gutter_oil

Sunday 26 May 2013

Part 1: MinYak YaNg SamPaH

Minyak Mula~~

Ini memang lawak~~~~~

Asal Usul Petrol

Minyak oh Minyak



Terkini! Penurunan Harga Minyak. 

Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. 

Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor. 

Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi. 

Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini. 

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat. 

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga; 

1.Minyak Angin 
2.Minyak Senyonyong 
3.Minyak Gamat 
4.Minyak Dagu 
5.Minyak Pengasih. 

Harap maklum!
# Post pasal penurunan harga minyak ni memang mengharu-birukan cik bee, beliau terus bercadang nak pergi stesen petrol terdekat untuk isi minyak sepenuh-penuhnya.

Thursday 16 May 2013

Over Part I

Terserlah kekhusyukan
Over!!
Habis :)

Malangnya...Ini bukan pengakhiran yang abadi.
Ini satu permulaan selepas sebuah pengakhiran.
Permulaan kepada hidup yang lebih padat, mencabar, tunggang-langgang, haru-biru.
Habis thesis proposal pagi ini.
Selamat masuk lab dan memulakan research masing-masing.
Kepada kawan-kawan yang tengah tunggu turn untuk pembentangan G O O D L U C K