Friday, 21 December 2012

Bukan Paling Cantik..Tapi Cantik dan akan Semakin Cantik


"Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaianTAQWA, itulah yang lebih baik..."
[al-A'raf, 7:26]

kisah yang saya paparkan ini kepunyaan mutlak Angle Pakai Gucci
Di terbikan semula oleh •*¨The Diary¨*•
Love reading this story:)

Ada Sang Ulat Bulu Punya Kaki Seribu
Siapa Jumpa KakiKu..KakiKu
Jikalau Tak Nampak
TerpaksaKu Melompat Dengan Kaki Seribu Kurang Satu 



Kasim dan Suhaimi riang riang mengunyah pucuk muda pohon mempelam Pak Ali. Pucuknya lebih enak, lembut, lemak lemak sedikit, empuk sekali, dan penuh juiceness. Kesegaran jelas sekali. Enak seperti memakan Kenny Rogers pun ada.Kunyahan mereka diselang seli dengan siulan lagu Sang Ulat Bulu. Lagu ni mereka belajar secara tidak sengaja semasa berjeda di bawah pohon rimbun tepian taman permainan Pati Asuhan Aisyah. Anak kecil itu yang nyanyikan. Sambil memeluk erat erat anak patung PooH kuning merahnya. Katanya bila kakak dan abang dari Malaysia akan bertandang ke mari lagi. Rindu bermain berlipur bersama mereka.

 Kedua best friend forever itu kurang mengerti kata-kata anak kecil. Mungkin rindukan keluarganya barangkali. Mie dan Sim juga bergitu. Rindu akan keluarga. Semejak kecil ditinggalkan bersendirian . Kedua-duanya tidak pernah mengenal asal usulnya. Namun persahabatan yang kamceng ini terjalin sejak kecil sehinggalah sekarang sudah matang, besar, pejal dan err, penuh bulu aisyyhh rerambut ini. Tambah gantang dengan six pad lagi. Sim persis Aaron Aziz. Hero Adam Maya  & Hawa tu. Mie biasa biasa aja. Tapi suaranya lunak. Macam Pasha vokalis Unggu.



Sedang asyik ayik masyuk begitu, Sim mengeluh. Nadanya berelubung lara.

"Eh Mi,aku sedihlah tengok nasib kita ni..," ujar Kasim.

"Aik kenapa pulak? Aku tengok kita bahagia je selama ni..? Makan cukup, pakaian pon cukup. Burung tak kacau. Apa masalahnya?" Suhaimi membetulkan posisinya kaki-kakinya yang beratus pasang itu, agar dia dapat fokus kepada Kasim. Muayasyah la katakan.

"Entahlah. Kau tengoklah kita ni. Hodoh. Banyak bulu. Kau tengok binatang-binatang lain. Chanteque chanteque je semua. Jeles tahu?!"

"Err.. Kau ni ok tak Sim..? Pehal tetiba emo semacam je ni..?"

"Ye la.. Aku rasa.. Tuhan tak adillah Mi. Ish aku pon tak faham kenapa Dia ciptakan makhluk sehodoh kita ni."

Suhaimi terdiam. Dia hanya mampu tersenyum. Kemudian dia bersuara,

"Sim, kau kenal kan Bedah si rama-rama Helikonius tu..?"

"Uish sapa yang tak kenal..?? Bedah si rama-rama lawa tu. Memang panaaasss! Awat?"

"Kau tahu tak, sebelum dia jadi rama-rama secanteque itu, dia tu apa dan siapa..?"

"Hah..? Bedah tu dulu benda lain ke..? Krisis identiti ni!" 

Suhaimi tersenyum lagi.

"Dia dulu pon macam kita jugak Sim. Malah lagi hodoh lagi. Tu yang dia dah delete semua gambar-gambar lama dia kat akaun MukaBulu dia tu! Pontianak tengok pon takut!"

Kasim terlopong tidak percaya.

"Kita pon macam tu jugak Sim, suatu hari nanti, in shaa Allah. Esok lusa, kita akan melalui suatu proses yang manusia panggil sebagai metamorfosis. Kita akan duduk dalam kepompong dan sepanjang tempoh tu, sedikit demi sedikit, kita akan bertukar menjadi rama-rama. Seperti Bedah, kita juga akan menjadi rama-rama yang kachak lagi bergaya. Kau akan jadi Siproeta epaphus dan aku pula Cethosia cyane. Biidznillah.

Kata kuncinya..? Sabar. Bukan kebetulan Allah jadikan kita macam ni Sim. Banyak hikmahnya. Dia nak tengok kita boleh bersabar atau tidak. Dia mahu lihat kita boleh redha dengan siapa diri kita atau tidak. Dan dia mahu uji, sama ada mujahadah kita cukup kuat atau tidak.

Biarlah kita hodoh dan jelik sekarang ni, dikeji dan dihina oleh makhluk-makhluk lain. Tapi suatu hari nanti, kita akan bertukar menjadi makhluk yang dicemburui dan mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Kita bukan paling cantik, tapi tetap cantik dan akan semakin cantik.
Tapi kena banyak-banyakkan bersabar ah."  

Kali ini Kasim tersenyum. Matanya berkaca-kaca.

"Ok Sim..?"

"Ok!"

Mereka lantas berhigh-five dengan kesemua pasang tangan yang mereka ada.

Ok habis cerita. Amacam? Ceria kan..? Eheh.







Ni lagu ulat rama-rama versi tadika Attaufiqiyah, Jalan Menteri Cochrane. :)
Dari ulat jadi kepompong.
Tidur lena dalam kelonsong
Sampai masa kempompong pecah
POM!!! 

Jadi rama-rama yang indah
Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik aneka warna
Tapi sayang hidup tak lama




Pernah dengar seorang orang tua berkata, hidupla bagai rama-rama, bersusah dahulu bersenang-senang kemudian, tapi bila dah dewasa, jangan hidup macam rama-rama, tapi hiduplah macam semut yg rajin mencari rezeki


Menarik kan bidalan yang dipesan oleh oran tua-tua. Orang dulu-dulu mengamati kejadian alam dan menjadikannya sebagai bidalan anak muda.



#Rama-rama memang indah.Bermula dari beluncas yang hanya mundar mundir di satu pokok sahaja, akhirnya diberi sayap untuk terbang menjelajah dunia.



1 comment:

  1. wah...ada terbitan baru...cerita si rama-rama...haha

    ReplyDelete