Monday 17 December 2012

Kalau Dah Sekali Sayang

Semejak-semejak ni semua sudah berubah.wajahnya yang manis tu sudah pudar tanpa senyuman. Yang diukir kini bukan gambaran jiwanya yang membayangkan rasa suka tapi cuma gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dengan mulut ter­tutup atau terbuka sedikit bagi menutup kegalauan hatinya. Apa yang memberatkan ragamu itu. Malammu bersama air mata. Walaupun siang harinya kau kembali memberikan senyum manis madumu. Tapi madu ini bukan lagi nektar semanis bunga tapi rasanya bagai hati yang difermenkan racun berbisa. 


Jauh di kota Padang, hembusan angin laut Selat Melaka menyapa diriku. Sang angin mengabarkan derita jiwamu kepadaku. Ishhhhh...aku sedikit kaget lagi risau. Kaget. Kaget bangat. Risau. Riasu amat. Aku risau akan dirimu tapi aku amat risau apakah ini halusinasi. Angin ini berbicara.Bila pula kita dihubungkan dengan telepati sebegini. Aku kaget menyedari perubahan diri ini. Kaget bangat dengan deria keenam yang baru ku sedari keupayaanya di kepulauan sumatera barat. Aku juga keliru tadi. Aku ini angin atau angin ini aku atau aku ini aku. Lalu ku simpan bisikan angin menjadi rahsia diri. Bukan tak ku percayai teman-teman disisi kini. Cuma mungkin bimbang ada yang kurang mengerti.



Maaf sayang aku tiada buatmu disaat ini. Tugas ku di Kota Buya Hamka ini memisahkan kita. Lalu ku seru sang bayu. Bayu kau nyanyikan lagu untuk dirinya tenang selalu. Angin sampaikanlah berita aku kini turut tersiksa bila kau menderita. Setiap hembusan nafasku, ku mendoakan kau dan aku akan cepat bertemu. Aku tidak tegar disini lama-lama.


Dari seorang teman yang berguru dengan tabib terhandal disini, menceritakan gurunya pernah menyembuhkan jiwa sakit yang lebih kronik kondisinya dari teman ku ini. Ah..ini mungkin membantu.Setelah berpisah dengan teman-teman dari UNAND, teman ku yang seorang ini membantuku mendapatkan penawar. Air dari danau Singkarak dan danau Maninjau kami satukan. Kemudian dibacakan ayat-ayat suciNya. Insyallah ini cukup mengubat jiwa yang menderita itu. 



Entah bagaimana begitu kuat aku untuk membolosi sekatan pak imigresen kedua-dua negara. Penawar ini menjadi buruan mereka. Katanya cecair tidak dibenarkan dibawa bersama. Persetankan semua itu. Nilai penawar ini tidak terkira. Demi memulihkan kau kembali. Aku mahu kau yang dahulu kembali. Pulang la~~Bukan aku sahaja rindukan kau yang sediakala. Bie juga. Dayah juga. Aimi juga. Membuat kau tersenyum kembali. Kami berusaha. Ya Tuhan bersama kita. KapadaMu jua hamba mu menyerah diri dalam senang susah hidup ini.



Lalu ku hulurkan penawar ini kepada kau.Kau minum seteguk.Seteguk lagi. Dayah memujuk kau minum lagi penawar itu. Enggan. Jangan begitu sayang. Kau harus pulih. Masa tidak dapat kami rentasi bagi mengembalikan diri mu yang sediakala. Namun, usaha ini. Kalau diizinkanNya.Insyallah. Kau tetap dengan keengganan dirimu. Lalu kau muntahkan hatimu yang sudah robek itu dihadapan kami.Aku terkedu. Bie kaget. Mata Dayah sudah mengalirkan air. Jangan siksa diri kau sayang. 



Lihat lah hati ini. Hancur begini sudah. Bertan-tan racun mencucuk-cucuk segenap sel-selnya. Bisanya menjalar. Sakit. Perit. Pedih. Ngilu. Bisa. Sembilu. Derita. Sumpah cinta itu masih disini. Seteruk mana hati ini dirobek. Sayang itu masih tidak luntur. Biarlah aku sendiri.


Lantas sampai bila kau harus begini sayang. Jangan ahzabkan diri mu begini. Sengsaranya turut kami rasa. Doaku kau cepat redho dengan apa yang terjadi. Maka kami semua akan menunggu kau pulih sendiri. Kalau itu yang kau mahu. Kami akan menanti.Sampai tiba waktunya nanti. Senyumlah lebih manis dari madu:)


*Doakan dia cepat sembuh.


No comments:

Post a Comment