Sepanjang pesta ramadhan ni...sana sini penuh dengan makan yang supergilew best...
Kulai Kawah.Nasik ayam. Nasik Briyani.Nasi kerabu.Murtabak Roti John. Laksa.Meehon sup.Ayam golek.Kambing golek.Cendol. .Berjenis-jenis lauk pauk...berwarna-warni air dan bermacam rupa kuih mueh dan pencuci mulut.Serbu je bazar..jaminan balik dengan berplastik-plastik beg makan..
Ramadhan yang mulia ni..kami ramai-ramai berkorban tingalkan kampung halaman..
Masuk lab..siapkan Projek Tahun Akhir..
Semangat sangat....hari-hari datang lab...
yang ternak baby microb..hari-hari tengok makhluk halus
yang buat prosessing...hari-hari rewang merawang
yang kaji minyak..muka dah macam orang minyak..
yang kaji kerbau kaki pendek, hari-hari samak menyamak...
macam-macam lagi la projek member member biotech..
Lepas balik lab je..kami sebagai orang bujang semua akan serbu bazar ramadhan depan dataran nilai..
Cari apa apa yang patut..buat pengalas perut..penambah tenaga untuk teraweh..
kehidupan kami pada weekday berkisar di Hostel Acacia-Lab-Bazar-Surau Acacia
Hujung minggu semua lupakan stress lab dengan menebalkan not dalam purse..
Tapi aku akan balik. Muktamad. Tak Pernah bertangguh:)
Wednesday, 31 July 2013
Friday, 31 May 2013
Riang-ria: Teka teki
Baru-baru ni kami sekeluarga biotech Gen7 telah melawat ke Rumah Anak Yatim Madrasah Hashimiah di Selayang. Riang-ria duduk melayan budak-budak ni melukis..salah seorang budak-budak tu kasi teka teki ni kat saya...dOLOp..
Whohohohho...tak tau pulak teka-teki kacang ni femes je masa saya kecil lagi..Dah besar baru jumpa..
Whohohohho...tak tau pulak teka-teki kacang ni femes je masa saya kecil lagi..Dah besar baru jumpa..
Tuesday, 28 May 2013
Part 2: Minyak yaNg SaMpaH
Kitar semula adalah proses menukar bahan sisa kepada produk baru untuk mengelakkan pembaziran bahan yang berguna, mengurangkan penggunaan bahan-bahan mentah, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara disebabkan pembakaran, dan pencemaran air dari tapak pembuangan sampah dengan mengurangkan keperluan menggunakan sistem pelupusan sisa "konvensional" , dan pelepasan gas rumah hijau yang lebih rendah berbanding dengan pengeluaran plastik. Kitar semula adalah kunci utama pengurangan sisa moden .
![]() |
Minyak Masak:) |
Ok berbalik kepada isu minyak..
Minyak Masak, Minyak kelapa, Minyak Jagung, Minyak zaitun (Olive), Minyak Kacang Soya, Minyak kacang tanah(Groundnut), Minyak bijan (Sesame), minyak kapas (Cottonseed), Minyak kanola (Canola).
Semua minyak di atas sangat sinonim dalam kehidupan seharian kita. Macam mana pula dengan minyak di bawah:
Sewage oil (kumbahan),Drainage oil ,Swill oil,Slope oil or Gutter oil (longkang)
Jarang-jarang kita dengar.
Minyak sampah / minyak longkang / minyak kumbahan /Sewage oil/gutter oil atau drainage oil adalah sisa dan minyak yang dibuang dan dikutip dari longkang dan sampah, berhampiran restoran-restoran yang telah "ditapis" yang akan digunakan semula dan dijual semula sebagai minyak masak murah. Disamping itu, lemak dan organ haiwan juga boleh diproses bagi menghasilkan minyak ini. Minyak ini juga diproses sebagai makanan haiwan seperti khinzir dan ayam dikenali sebagai 'slop oil' atau 'swill oil'.
Penggunaan minyak sampah dalam industry makanan mula dikesan sekitar tahun 2000. Skandal keselamatan makanan (food safety) di China menggemparkan dunia apabila kebanyakan restoran menjual dan menggunakan minyak sampah dalam penyediaan masakan mereka. Selain itu, kebanyakan penjaja makanan (terutama makanan bergoreng) menggunakan "minyak sampah" bagi menjimatkan duit dan mengurangkan kos. Minyak ini dikumpul, dihantar ke kilang dan diproses bagi memperbaiki bau, warna dan pH minyak.
Susah untuk membezakan antara minyak sampah dari minyak masak asli bersandarkan warna dan rupa disebabkan tiada standard teknikal dibangunkan untuk mengenal pasti minyak sampah (professor Wang Chengming, 2011). Minyak kitar semula yang dipanaskan tidak akan memenuhi standard minyak masak selamat kerana ia akan mengandungi tahap hidrokarbon aromatik polisiklik (polycyclic aromatic hydrocarbons), logam dan kolesterol yang tinggi dan berbahaya kepada kesihatan.
Di bawah undang-undang China, mereka yang terbabit dalam menghasilkan atau menjual makanan berbahaya akan berhadapan dengan hukuman mati. Penggunaan minyak sampah boleh menyebabkan kenser buah pinggang, payudara, kolon, perut, dan ovari.
Program kitar semula minyak semakin mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Di Malaysia, terdapat 22 kilang pemprosesan minyak sampah. Minyak ini kebiasanya diproses kepada biobahan api (biofuel), sabun (Kementrian Kesihatan Malaysia, 2012), kosmetik, dan makanan ternakan.
Saya masih ingat ketika kecil, saya pernah lihat pelita menggunakan minyak masak. Jom tengok video kat sini
Rujukan:
http://newsdirect.nma.com.tw/SingleItem.aspx?asset_id=OEM_20120511_OINT_002
http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2011/9/17/columnists/madeinchina/9517274
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/21/focus/9943711&sec=focus
http://www.asiaone.com/News/Latest%2BNews/Asia/Story/A1Story20111220-317231.html
http://ednewschina.com/?p=555
http://50kzone.blogspot.com/2013/03/discarded-food-waste-slop-recycled-into.html
http://www.nytimes.com/2010/04/01/world/asia/01shanghai.html?_r=0
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-china-19462349
http://passionateprimes.wordpress.com/2012/09/04/and-now-gutter-oil-in-antibiotics/
http://en.wikipedia.org/wiki/Gutter_oil
Sunday, 26 May 2013
Part 1: MinYak YaNg SamPaH
Minyak Mula~~
Ini memang lawak~~~~~
Terkini! Penurunan Harga Minyak.
Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga;
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
Harap maklum!
# Post pasal penurunan harga minyak ni memang mengharu-birukan cik bee, beliau terus bercadang nak pergi stesen petrol terdekat untuk isi minyak sepenuh-penuhnya.
Ini memang lawak~~~~~
![]() |
Asal Usul Petrol |
![]() |
Minyak oh Minyak |
Terkini! Penurunan Harga Minyak.
Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga;
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
Harap maklum!
# Post pasal penurunan harga minyak ni memang mengharu-birukan cik bee, beliau terus bercadang nak pergi stesen petrol terdekat untuk isi minyak sepenuh-penuhnya.
Thursday, 16 May 2013
Over Part I
![]() |
Terserlah kekhusyukan |
Habis :)
Malangnya...Ini bukan pengakhiran yang abadi.
Ini satu permulaan selepas sebuah pengakhiran.
Permulaan kepada hidup yang lebih padat, mencabar, tunggang-langgang, haru-biru.
Habis thesis proposal pagi ini.
Selamat masuk lab dan memulakan research masing-masing.
Kepada kawan-kawan yang tengah tunggu turn untuk pembentangan G O O D L U C K
Tuesday, 19 February 2013
Bahagia LA SaNgaTT~~~
Pendek, Panjang, Sedang Sedang,Tinggi
cantik comel muda tua budak budak remaja kanak kanak
kaya kayap susah senang
underweight fly berat ngam ngam light overweight heavy
Tak kisah la macam mana rupa paras kita
Janji semua BAHAGIA dengan apa yang ada
Askremm Rangup
Ini aktiviti bermoral kami di waktu lapang
Mengasah skill dan kemahiran insaniah yang telah sedia ada dalam diri
perut pun kenyang, hati suka, makin rasa syukur...
Orang duk huru hara perang sana sini
Kita masih berkelapangan
Habiskan masa riang ria bersama cik Kaya
buat ais krem goreng yang AMAT ISTIMEWA....
Apa ISTIMEWA SANGAT ??
Sebelum DatangNya MODEN
Sekarang semua canggih
Sini Sana Iphone, tab
Bawak laptop dah rasa kuno
Sini Sana kad
Kad kredit, kad Matrik, Kad siswa, Kad bank
Hantar assignment, nota kuliah semua via email tak pun GOALS
Bayar Yuran e-click cikai cikai dengan ATM
Wifi tu dah macam nyawa
Tak ada Wifi semua mati
Semua kembali kuno
Semua kembali manual
ImPiaN PerKhawinan
Monday, 11 February 2013
Hye 2013
draf ni da lama aku simpan...
Tahun sudah berganti. Umur dah meningkat. Masih bernafas. Syukur.
Simpan dulu memori 2012 baik-baik dalam ingatan
Banyak lagi kapasiti untuk sedut pengalaman baru
Kalau ikutkan ramalan kaum Maya. Bumi ni da lumat lumat.
Tapi kami..
PaTaH TumBuH HiLanG BeRgaNti
Sapa patah hati, ada peluang nak sembuh,..ubatnya aku tak ada..sini bukan dokter sinta
Sapa patah tulang, boleh amek simen, bancuh kasi rata, dan letakan kat tempat terjejas,
Sapa patah gigi, jangan senyum banyak2..
Patah seribu lagu shila amzah, moga jodoh beliau dan shahnaz Ahmad sampai ke jinjing pelamin.Banyak pulak dugaan dorang ni..
Gelang Patah merupakan sebuah bandar kecik kat Johor,
Ranting patah fenomena alam yang normal,
Pen patah, ganasnya korang menulis,
keyboard patah beli baru,
Jariku patah di mempaga, hari-hari gali tanah, balik rumah mohon jadi penggali kubur sementara tunggu naik sem 6.
Turun naik gunung-ganang, redah hutan belentara, jalan sini sana, kawat tak ikut masa,
muka hitam kusam, sunblock tak berkesan
muka hitam kusam, sunblock tak berkesan
kuku kaki pulak patah.
Subscribe to:
Posts (Atom)