Tuesday 27 November 2012

Lidah Buaya Darat~~~Lalalala


Saat ni.Saat paling genting. Aku tengok semua orang tengah huru hara. Bisnes plan dah  menghampiri due date. Kitab tua yang kami belajar ramai-ramai dengan ustaz safwan, tutonya dah dimuat naik di GOALs. Karangan aku pasal cik Salmonella da kene rijek. Cik salmonella ni nak femes banyak.


 Mula-mula cik Salmonella mintak aku wat satu entri kat blog ni untuk dia. Fine.Boleh terima. Gambar cik Salmonella mesti la hanya tayang part-part posing maut gila aja. Dah meluat. Siap mintak aku hide pasal kerakusan yang dia pernah buat kat orang lain. Macam la orang lain tak reti google pasal dia. Dah sah-sah orang lain cakap dia ni jahat. Selalu sakiti orang lain. Takan la aku sorang nak puji dia melambung-lambung. 
Piiiiiiiiirrrrrrrraaaaaaaaa~~~

 Last-last aku ajak kawan-kawan aku buat brochure edisi khas aje untuk si Salmonella ni. Kami edarkan kat sekitar Giant dengan Tesco je. Ada satu lagi projek besar yang aku dah rancang. Dalam minggu depan. Kami nak buat kajian kesan produk-produk air probiotic yang ada kat pasaran Malaysia, terhadap lidah orang Melayu.Tajuk kami memang tak ada ciri-ciri global mahupun 1 Malaysia. Apa boleh buat. Bangsa-bagsa Cina dan  India terhad.


 Kat Nilai ni memang banyak Bangla, Myamar, Mamak, dan tak lupa juga warga Indonesia. Tapi kami rijek. Kami guna orang Melayu aja. Senang. Aku ushar da. Kat tepi-tepi makmal kami ni. Melayu aja ramai. Paling ramai orang pantai timur. Ye la, Mamak pun da sound awal-awal. Kedai tak ada orang nak jaga. Roti mau kasi siapa tebar. Yang lain-lain tu semua mintak boleh claim OT ke tak kalau mereka melibatkan diri dalam kajian tersebut. Leceh kan.
Jadi aku mohon sangat. Semua orang. Yang ada lidah. Lagi-lagi lidah Melayu. Jom sertai kajian yang geng aku anjurkan ni. Yang Melayu celup pun terima. Tak ramai. Kami perlukan dalam 40 ke 50 panel. 3 Disember 2012. Isnin. 1400-1600. Sekian:))

Support us! For better Probiotic drinks taste!




*p/s: Yakult free disediakan. Krikk..krikk..krikk

No comments:

Post a Comment