Wednesday, 21 November 2012

Mamak Manusalwa Bikin Roti Canai Paling Ummmpppphhhhh~~~~ Love u Mamak


Hari ini hari minggu. Hari ini saya cuti. Yess!!!
Biasa bukan senang cik adik askar macam saya ni nak dapat off duty. Memang syok. Pagi lagi dah singgah kat Pantai Bagan Lalang. Main-main air. Tak sorang pun ke situ. Kawan saya yang nama Bie tu drive. Kalau tak, jogging kat area perumahan Acacia tu je la.

Ermm..makan pagi kami bungkus roti canai kat mamak Manusalwa. 10 keping semuanya. Roti Gardenia Combo pack. Ada kaya. Ada peanut butter. Air masak 2 botol. Tu dah cukup baik. Alhamdulillah. Orang kat Gaza pengsan-pengsan tak makan. Kami kat sini dapat hadap roti canai mamak pagi-pagi.

Hohoho..ingat nak pergi McD tadi. Khabarnya ada sarapan pagi free. Tapi Dayah cakap kita jangan sokong zionis. Kecian saudara kita semua kat Gaza tu. Hari-hari hujan peluru. Hari-hari banjir darah. Ok. No McD anymore. Bie pun dah tanggalkan pelekat drive thru. Kita makan buger kat kedai acik tepi Rumah Kari je lepas ni. Moga-moga usaha kita dengan boikot McD ni, boleh lumpuh sumber kewangan yahudi. Tak pun. Sekurang-kurangnya duit kita tak dilaburkan untuk bunuh saudara sendiri.


Tapi tu kan Free. Saya yang cakap la. Orang kasi free je pun. Takan nak biarkan aje. Nama pun free, satu sen pun tak labur la. Ishh..nak boikot rasa macam aneh la. Da selalu makan. Tiba-tiba nak boikot. Free pulak tu. Boikot jugak. Aneh kehidupan ini. Kenapa suka hangat-hangat tahi ayam. Ala..dulu pun, bukan tak ada kempen boikot barangan Israil ni. Bukan benda baru paham!!! Kat KL tu, Orang berarak. KL-sentral. Penuh. Kampun Baru.Penuh. Masjid Jamek.Penuh. Sampai ke Kedutaan Amareka tu penuh. Semua pakat bantah Amareka. Amareka kan kamceng  dengan zionis. Tapi kejap je. Lepas tu orang serbu je McD balik. Saya pun macam tu jugak. Tengok orang lain makan ok je. Kita makan jugak. Takan nak makan cekodok je kot. Ubah Selera sikit. Lagi pun duduk  asrama la. Makanan segera senang.

Dekat Facebook tu, Masyaallah~~~ Lagi la.Makin ramai yang bangkit menjadi pejuag. Bangun berdiri menjadi pemain pertahanan. Maka lahir la bijak pandai- intelektual yang menyindir. Masing-masing dengan alasan tersendiri bagi setiap tindakan mereka. Lalu lama kelamaan, tulisan yang asalnya membawa mesej nasihat bertukar kepada kebencian. Mencipta pertelingkahan yang tak punya jawapan. Untungkah kita?

Sang wira yang beria ria mencaci meraka yang beratur panjang mengambil makanan percuma, mereka hanyalah orang lemah yang mengaku pejuang. Saling memusuhi bersenjatakan caci maki. Yang sedikit pun tak mengurangkan beban saudara di Gaza sana. Macam cetek fikirannya.Bagainya, tiada perkara yang lebih bermakna yang sang wira dapat fikirkan untuk membantu saudara Gaza. Akhirnya. Sekadar mengumpul beban dalam buku catatan di bahu kiri.


Bagi si pemberatur panjang, mereka mempertahankan buger  free sampai sanggup memperlekehkan teman yang membaikot. Mereka bagaikan berperang dengan diri sendiri. Bermati-matian mempertahankan tindakannya hingga jelas tersingkap rasa bersalah yang mencengkam jiwa. Ayat-ayat mereka semuanya tindakan bagi memujuk hati. Dan perlahan-lahan hatinya mati, mulai gelap lalu tidak mampu melihat kebaikan memboikot walaupun sekecil mana pun ia.


Semuanya mungkin betul tentang perkara di atas, ermm mungkin jugak salah. Namun boikot atau tidak boikot adalah hak asasi masing-masing. Berdosa atau berpahala adalah hak Tuhan bagi menentukannya. Perlukan mendahului-Nya dalam membuat keputusan? Apa kau sudah ada kupon ke syurga? Tak perlu berbalah. Jika kau percaya yang tindakan kau betul. Diam. Berpegang teguh la. Bersuara la jika perlu. Dalam lunak bahasa yang merdu. Sedangkan cengkerik pun tahu pilih waktu untuk berbunyi.

Kami pulang ke Nilai dengan keriangan. Perut penuh. Bie nanti kita lalu depan McD ya. Bie pelik. Apa pasal. Pagi lagi ni Bie. Saja nak tengok. Kat Nilai ni ramai tak pergi ambil buger free. Belum sampai depan McD jalan dah sesak. Ishhh.. awal pulak orang Nilai bangun. Mendekati McD ada asap hitam pekat berkepul-kepul naik menari di langit Nilai. Makin dekat. Ada trak merah. Makin dekat, jalan dilencongkan. Makin dekat kereta semua makin pelahan. Bie pelahan lagi. Nak tengok. Apa dah jadi. Takan eksiden kut. Eksiden apa sampai kereta terbakar. Makin dekat. Makin jelas encik-encik bomba sedang bertungkus lumus. Makin dekat. Alamak.  McD terbakar!!!

Sekelam warna, Sesayu hatiku


2 comments:

  1. hahahah....sedap citer kak yam neh....kik3

    ReplyDelete
  2. hoho..paling penting McD nilai masih lg selamat:p

    ReplyDelete