Wednesday 28 September 2022

Contoh Doa Kirimam Depan Kaabah

Kalau ada sedara- mara, sahabat-handai yang nak ke Mekah,
Kita boleh la kirimkan doa

Ni la contoh yang saya pernah karang,
Boleh la korang ambil idea sedikit sebanyak 


Dengan Nama Allah tuhan sekalian Alam, maha pemurah lagi maha penyayang 
Ya Allah, sahabatku  Muhammmad Nazrul B Baharuddin Sharifah Maryam Binti Syed Malick  telah mewakilkan kepada aku untuk mendoakan untuk mereka. 

Ya Allah di hadapan KAABAH MU yang mulia ini
Hambamu yang kerdil dan penuh dosa ini, menadah tangan memohon keampunan dari pada mu, Ya Allah, ampunkan semua dosa-dosa Maryam &Nazrul, ibu bapa, mertua dan ahli keluarga, guru-guru,  shabat-sahabat & Jiran tetangga Maryam &Nazrul. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.Kurniakan lah syurga Firdausi buat kami semua. Ya allah bantulah kami mengaharungi dunia akhir zaman yang penuh panca roba dan tipu daya.

Ya allah, Muliakanlah agama Islam dan kaum Muslim, Ya Allah Tolong la agama Islam dan kaum muslimin, Ya Allah Tolong la agama Islam dan kaum muslimin di Palestin, Yaman, Syira, Iraq, Myanmar, Rohingya, India, Afganistan, Malaysia, Indonesia, di mana sahaja dan pada setiap masa. Ya Allah berilah kemenangan kepada Islam dan Kaum Muslimin. Kau hancurkanlah musuh musuh islam yang sentiasa melakukan fitnah, kejahatan, penindasan dan kekejian kepada agama islam. 


Ya Allah, piliharalah keamanan dan keselamatan negara kami Malaysia tercinta, berilah kemakmuran dan keharmonian kepada kami. Ya Allah kurniakan kami pemimpin yang beriman, jujur, amanah dan menegakkan kalimahMu pada pilihan raya umum Malaysia Ke 15. Hancurkan musuh-musuh islam, politikus yang korup, pemimpin yang menzalimi rakyat. Berilah kemenangan kepada Islam dalam PRU 15. 

 
Ya Allah berilah kekuatan kepada Nazrul & Maryam dalam menjalankan kerja2 dakwah dengan berkesan di muka bumi ini, jangan kau lalaikan mereka dengan nikmat duniawi. Berikan Nazrul & Maryam kekuatan untuk solat berjemaah di masjid, membaca Al-Quran, melakukan banyak sadaqah dan jariah serta meinfakkan harta di jalan Allah dengan istiqomah


Ya allah berkati la Nazrul&Maryam dan sahabat2 mereka dan limpahkan lah rezeki mereka. Kau berikan rezeki dalam perlbagai bentuk,rezeki yang tak disangka sangka, rezeki yang tiada hijab dari mu. Berikan kesihatan yang baik dari segi mental dan fizikal kepada mereka dan seluruh keluarga dan sahabat2 mereka. Berikan kebaikan di dunia dan di akihrat kepada mereka semua

Ya Allah, Kurniakan lah rezeki anak-anak soleh solehah kepada
1.Idayu dan Amirul Aidil
2. Nabilah Amran dan Azhar Fauzi
3.Munirah Salleh dan Mohammad Qutaibah B. Muhammad
4. NorAnis Azhar Bt Azhar dan Mohd  Amirudin bin Abdul Razak
5.Nurul Huda Bt Ahmad Fauzi &Mohd Sukri Daud
6.Sharifah Raihana Bt Syed Imam & Mohd affendi Bin Mohd Zain
7.Nur Afifah Bt Ibrahim & Hairul Ridzuan
8.Noor Najwa Hassan & Muhammad Fikri
9. Nooraniza Isamail & Redza Mustafa
10.Muh Hafiz B. Muh Puzi & Maznah Bt Ab Rahman 

Kurniakan lah jodoh yang baik dan soleh solehah kepada
1. Nur hidayah Binti Mohd Johan, Rabiyatul adawiyah Bt Arifen,  Nur Silawati Bt Baharudin, Nur Asniyati Bt Abdul Halim, Aisyah Nabila bt Idris, Mawaddah Binti Mohd Azlan, Nurfarhana Binti Ishak, Yohana Akmal, Soihatunnajwa Bt Marjum, Nor Syakira Adzhari, 
2. Sh Humairah Syed Malick, Syed Muhammad Arif S. Malick, Sharifah Afiqah S. Malick & Syed Muhammad Ammar S. Malick
3. Nur Atiqah Ahmad Kamal, Nur Hakimah Adilah Bt Ahmad Kamal, Nadirah Afiqah Bt Ahamd Ismail, Yasmin Suraya Bt Ahamd Ismail, Nur Yukabit Bt Ibrahim, Nur Jahida Bt Ibrahim
4. Muhammad Izham B. Baharuddin, Nor Idayu B Baharudin, Shafina Bin Azmi

Ya Allah,kurniakanlah kesembuhan kepada 

1. Baharuddin bin Musa daripada penyakit strok dan penyakit2 kronik
2. Mohomad Azali Md Nordin


Ya Allah, berilah kehidupan yang berkat, umur yang berkat & rezeki yang berkat, kekayaan yang melimpah ruah kepada Nazrul & Maryam , mudah-mudahan dengan rezekimu, mereka menginfakkan harta ke jalan mu, mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.

Ya Allah, jemputlah Nazrul & Maryam, Syed Malick B Syed Imam, Baharuddin Bin Musa, Azlina Binti Samsuri untuk menjadi tetamuMu di tanah suci ini untuk menunaikan umrah dan haji.

Ya Allah, inilah hajat yg Sharifah Maryam Bt Syed Malick & Muhammmad Nazrul B Baharuddin ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah rahmat Mu, kabulkanlah hajat-hajat mereka berdua ni.

Amin Ya Rabbal Alamin."


No comments:

Post a Comment