Monday 5 September 2022

Buat Kek Pisang Special

Assalamualaikum semua

Bertahun tahun tak menulis, tiba-tiba baru ingat pernah ada blog.
godek2, eh, ingat lagi passowrdnya..
Sekarang gue sudah beranak satu, my baby busuk, intan payung nama Naira Ibtisam
Good girl anak solehah yang sentiasa nak ikut ibu ke sana sini, kalau boleh dalam jamban pun nak
berkepit 

Cakkkk





My hubby, rajin bercucuk tanam 
Hujung minggu lepas, keluarga mertua datang rumah 
Kebetulan pokok pisang lemak manis setandan dah sesuai nak tuai
Pisang yang banyak2 ni bagi sikit umi MIL bawak balik Melaka, bagi jiran dan Mama Emilia (baby sitter Naira)



Hari-hari kami makan pisang, Naira paling suka, dia hantu pisang
Sentandan ni banyak walaupun da share ramai ramai
Untuk elakan pisang ni busuk macam tu sahaja
Ibu Naira pun buat kek pisang, ikut resipi cik Nom, tapi banyak ejas ikut cara sendiri 

Hantu Pisang
 

Bahan-bahan:
  • 8 biji Pisang lemak manis, dilecek ( Sizenya kecil2, kalau korang pakai pisang yang size besar macam berangan 5 biji pun ok)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak kelapa sawit
  • 3 biji telur
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat * diayak
  • chocolate coin untuk hiasan *optional 

Cara-cara penyediaan:
  1. Lapikan acuan 9 inci x 9 inci degan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 180 °C.
  2. Ayak tepung dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar
  3. Blenderkan telur, gula perang dan minyak sawit sehingga kembang selama 3 minit.
  4. Masukan pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanilla dan blen lagi selama 2 minit
  5. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi tepung ayak tadi. kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama, untuk elakan pembentukan gluten yang menyebabkan kek jadi keras 
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang dan chocolate coin di atas permukaan.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 40-50 minit. Boleh guna lidi untuk test kek dah masak ke belum. Cucukan lidi di tengah kek, kalau tarik keluar bersih dan licin, kek dah masak. Kalau melekit, tambah masa bakar.
Selamat menjamu selera semua





Kami ulang masak kek pisang ni sampai 3 loyang, bawak rumah mak cik sikit, bagi jiran dan kawan-kawan.

Nanti pokok pisang ayah berbuah lagi, kita fikir nak cuba resipi mana pulak


No comments:

Post a Comment