Friday, 21 December 2012

Bukan Paling Cantik..Tapi Cantik dan akan Semakin Cantik


"Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaianTAQWA, itulah yang lebih baik..."
[al-A'raf, 7:26]

kisah yang saya paparkan ini kepunyaan mutlak Angle Pakai Gucci
Di terbikan semula oleh •*¨The Diary¨*•
Love reading this story:)

Ada Sang Ulat Bulu Punya Kaki Seribu
Siapa Jumpa KakiKu..KakiKu
Jikalau Tak Nampak
TerpaksaKu Melompat Dengan Kaki Seribu Kurang Satu 

Monday, 17 December 2012

Kalau Dah Sekali Sayang

Semejak-semejak ni semua sudah berubah.wajahnya yang manis tu sudah pudar tanpa senyuman. Yang diukir kini bukan gambaran jiwanya yang membayangkan rasa suka tapi cuma gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dengan mulut ter­tutup atau terbuka sedikit bagi menutup kegalauan hatinya. Apa yang memberatkan ragamu itu. Malammu bersama air mata. Walaupun siang harinya kau kembali memberikan senyum manis madumu. Tapi madu ini bukan lagi nektar semanis bunga tapi rasanya bagai hati yang difermenkan racun berbisa. 

Thursday, 29 November 2012

Sudah Mari~~~~~~

BENGKEL PHOTOSHOP (Basic & Intermediate).

Basic:
-belajar basic photoshop seperti tools, layar, penggunaan pentool dan sebagainya.

Intermediate:
-Aplikasi photoshop dalam design dan juga kartun seperti membuat komik, 
-belajar kartunkan muka anda sendiri~!
-belajar mewarnakan gambar potret dan kartun simple.
-anda tak pandai design, tp anda akan mendapat hasil design yg osem selepas sertai bengkel ini~!

Anda boleh pilih hari yang anda ingin sertai.
(anda digalakkan memiliki basic photoshop sebelum sertai intermediate photoshop).

1 Hari= RM15
2 Hari= RM25


Tenaga pengajar:
-crew Geng Kartunis USIM, SPMM.

Tarikh: 1 Disember (Basic) & 2 Disember (Intermediate)
Masa: 8.30 am - 4 pm
Tempat: MSC 02 MPG (FST lama)

Berminat? Sms [Nama] [No Phone] [Email] [Hari Pilihan] kepada Khadijah (013-2250183).

Pendaftaran secara online:


#Bas & makanan disediakan.
#Terbuka kepada semua.




Preview

Insya Allah..akan datang!

Bengkel asas Photoshop dan Pertengahan (Aplikasi dalam Design dan juga Kartun.)

Kelebihan menggunakan digital, gambar yang sama, anda boleh pelbagaikan gaya, 


aksesori dan sebagainya.

Booking taw tarikh 1 & 2 Disember. Tunggu pendaftaran dibuka..^_^

Anjuran: Kumpulan LA ke Universiti Andalas dengan kerjasama-Geng Kartunis USIM,SPMM.






Tuesday, 27 November 2012

Lidah Buaya Darat~~~Lalalala


Saat ni.Saat paling genting. Aku tengok semua orang tengah huru hara. Bisnes plan dah  menghampiri due date. Kitab tua yang kami belajar ramai-ramai dengan ustaz safwan, tutonya dah dimuat naik di GOALs. Karangan aku pasal cik Salmonella da kene rijek. Cik salmonella ni nak femes banyak.

Teh Tarik Buing-Buing Cinta Rossa & Mamak Manusalwa

:)


Semalam aku online kat kedai febret ramai. Mamak Manusalwa. Saja paksa badan  rajin turun bawah Tak buat apa pun. Dating pun idak.Minum tea tarik buih-buih cinta. Cinta apa? Cinta Mamak la. Pengasih betul Mamak buat air. Patut pelanggan tak putus-putus.


Tekak haus. Makin telan air yang aku masak dari sumber paip Acacia Avenue, makin perit tekak. Tekak ni mintak belaian air tea tarik buih-buih cinta Mamak. Belum dapat tempat duduk lagi. Mamak dah layangkan senyuman semanis laddu. Mamak nak sorongkan kerusi. Aku malu la. Ramai orang. Aku pesan nak tea tarik buih-buih cinta special satu. Mamak soal apa pasal satu aja, biasa tiga tak pun lima gelas.


Wednesday, 21 November 2012

Mamak Manusalwa Bikin Roti Canai Paling Ummmpppphhhhh~~~~ Love u Mamak


Hari ini hari minggu. Hari ini saya cuti. Yess!!!
Biasa bukan senang cik adik askar macam saya ni nak dapat off duty. Memang syok. Pagi lagi dah singgah kat Pantai Bagan Lalang. Main-main air. Tak sorang pun ke situ. Kawan saya yang nama Bie tu drive. Kalau tak, jogging kat area perumahan Acacia tu je la.

Ermm..makan pagi kami bungkus roti canai kat mamak Manusalwa. 10 keping semuanya. Roti Gardenia Combo pack. Ada kaya. Ada peanut butter. Air masak 2 botol. Tu dah cukup baik. Alhamdulillah. Orang kat Gaza pengsan-pengsan tak makan. Kami kat sini dapat hadap roti canai mamak pagi-pagi.

Hohoho..ingat nak pergi McD tadi. Khabarnya ada sarapan pagi free. Tapi Dayah cakap kita jangan sokong zionis. Kecian saudara kita semua kat Gaza tu. Hari-hari hujan peluru. Hari-hari banjir darah. Ok. No McD anymore. Bie pun dah tanggalkan pelekat drive thru. Kita makan buger kat kedai acik tepi Rumah Kari je lepas ni. Moga-moga usaha kita dengan boikot McD ni, boleh lumpuh sumber kewangan yahudi. Tak pun. Sekurang-kurangnya duit kita tak dilaburkan untuk bunuh saudara sendiri.